VISI, MISI DAN OBJEKTIF



VISI
 
Menjadi sebuah jabatan unggul yang menyediakan perkhidmatan Islam dan aktiviti kerohanian yang berkualiti dan professional demi pembangunan ummah.

MISI

Membangunkan modal insan terbilang berasaskan keutuhan iman, akhlak terpuji, nilai-nilai murni dan etika profesional.

OBJEKTIF

1.       Membimbing dan memberi nasihat agama kepada pelajar, kakitangan dan masyarakat luar.
2.       Menyediakan program dan akiviti keagamaan kepada seluruh warga kampus.
3.       Memakmur serta mengimarahkan masjid dengan program-program yang seragam.
4.       Menawarkan kursus ko-kurikulum kerohanian untuk memenuhi keperluan dan kehendak universiti.
5.       Bimbingan dan nasihat individu dan kelompok.
6.       Menganjurkan seminar dan program pengukuhan rohani dan akhlak pelajar.
7.       Menyelaras program-program pembangunan kerohanian.
8.       Berusaha menghindarkan para pelajar dari terpengaruh dari aliran-aliran atau ajaran-ajaran yang bercanggah dengan nilai-nilai keislaman.
9.       Menyelesaikan kekusutan pemikiran dan jiwa di kalangan para pelajar yang pada umumnya banyak bertitik-tolak dari kekurangan bimbingan agama dan pengetahuan agama.
10.    Berikhtiar membentuk peribadi dan perwatakan pelajar yang ‘integrated’ , seimbang dengan pencapaian dalam bidang keilmuan dan kerohanian dalam usaha melahirkan keperibadian muslim yang luhur.