PROGRAM ANJURAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)



TARIKH PROGRAMPROGRAMKETERANGAN
28 Feb 2015Kursus FalakMencari Arah Kiblat Sebenar

14-15 Mac 2015Selangkah Ke UiTMPusat Pengajian Islam Kontemporari Menawarkan program islamic studies (Program Diploma dan Sarjana Muda)
18 Mac 2015Ceramah Menyingkap Rahsia Alam JinMasyarakat Melayu sudah lama mempercayai kewujudan alam ghaib. Pengaruh alam ghaib sudah berakar umbi dalam kehidupan mereka sehingga seolah-olah tidak dapat dipisahkan lagi. Buktinya, hantu, jembalang, puntianak, langsuir, peleset, polong dan sebagainyamasih meniti di bibir mulut orang Melayu hingga hari ini. Siapakah sebenarnya makhluk-makhluk ini? Jawapannya ada dalam Menyingkap Rahsia Alam Jin ini. Ketahui segala tindak-tanduk dan sepak terajang mereka. Ketahui juga pendinding diri dan ayat-ayat ruqyah untuk menangani kerenah mereka mengikut yang disyariatkan Islam. Buku ini sekali gus merungkaikan persoalan apakah kepercayaan orang melayu terhadap alam ghaib ini sama dengan kepercayaan terhadap alam ghaib yang menjadi tunjang akidah islam?
21 Mac 2015Kursus penyembelihan AyamMendedahkan kepada para pelajar mengenai proses penyembelihan ayam secara teori dan praktikal dan pentingnya makanan yang halan toiyiban.
08 April 2015Ceramah Ajaibnya SedeqahIsu semasa: Bicara Mufti
29 April 2015Ceramah: Pensyariatan HududMemberi ceramah mengenai pensyariatan hudud di dalam Islam dan hukumnya oleh ustaz Azhar Bin Abdullah
25 Mei-10 Jun 2015Minggu waqaf Quran Minggu waqaf Quran. Warga UiTM dianjurkan untuk mewaqafkan naskah Quran dan waqaf tunai kepada pihak ACIS pada tarikh-tarikh tersebut
15 Mei 2015Program Halaqah Pusat Islam, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Program Halaqah Sempena Minggu Destini Siswa pada 4 Jun 2013 bertempat di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah AlamPara peserta dibahagikan kepada 50 kumpulan kecil dipimpin oleh fasilitator untuk menjalankan sesi tahsin solat dan al-Quran. Bagi pelajar non-Muslim pula, satu sesi dialog khas diadakan bersama Dr. Nur Atiqah Sia Abdullah Sia Sze Yieng, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Komputer Dan Matematik.
29 Mei 2015Robbi Zidni Ilman ( Isra' Mi'raj )Memberi penerangan tentang berlakunya Isra' dan Mi'raj di zaman Nabi dan di akhir zaman. memberi klasifikasi tentang orang di akhir zaman yang di azam di padang mahsyar.
02 Jun 2015 - 03 Jun 2015Pendaftaran Pelajar Baru (Diploma)Menjaga gerai untuk mencari dana tabung Ihya' Ramadhan, Aman Palestin dan Wakaf Pembangunan Masjid